seismik

YouTuber Ini Beli & Bayarkan Down Payment Kereta GF, Tetapi Minta Bayar Sendiri Selebihnya

Hmm?

Cover image via Dashen大神 (YouTube)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan yang bercinta pasti banyak memberikan kejutan antara satu sama lain betul tak?

Tidak kisahlah ia besar atau kecil, yang penting kejutan itu bermakna dan boleh diingati. Ada yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi orang yang dicintai. Betul lah orang kata, cinta itu buta.

Namun, berbeza pula dengan video yang tular ini apabila seorang Youtuber mahu membuat kejutan dengan membelikan kereta untuk kekasihnya telah mendapat perhatian ramai. 

Lihat video kejutan itu di bawah:

Hanya bayarkan down payment kereta

Seorang Youtuber lelaki dari Malaysia ini memutuskan untuk memberikan kejutan kepada teman wanitanya dengan membeli sebuah kereta mewah secara senyap.

Tetapi apa yang lebih melucukan ialah dia hanya membayar wang pendahuluan berjumlah RM100,000 untuk teman wanitanya dan teman wanitanya perlu membayar yang selebihnya.

Setelah dipertimbangkan dengan teliti, dia memilih ORA Good Cat, yang lebih sesuai untuk teman wanitanya Miki. Harga dengan prestasi penuh dan peralatan adalah RM160,000.

Dia juga berterus-terang dengan kekasihnya itu dengan memberitahu dia perlu membayar selebihnya dan wanita itu kelihatan seperti terkejut.

Bayar je lah bulan-bulan tu. Kereta pun cantik :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: