seismik

YouTuber Dedah Kilang Di Indonesia Guna Sampah Sebagai Bahan Bakar Goreng Tauhu

Difahamkan, kilang tersebut berada di kawasan Surabaya, Indonesia.

Cover image via Andrew Fraser (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah kilang pembuatan tauhu di Indonesia dilihat menggunakan sampah dan plastik sebagai bahan bakar secara langsung untuk menghasilkan tauhu goreng

Menerusi sebuah video YouTube daripada Andrew Fraser, dia mendedahkan proses pembuatan tauhu goreng di sebuah kilang di Indonesia menggunakan sampah plastik sebagai bahan bakar secara langsung.

"Anehnya, tiada siapa yang lihat takut dengan jumlah plastik yang banyak masuk ke dalam makanan mereka.

"Di setiap sudut ruangan akan ada longgokan besar sampah yang akan menjadi bahan bakar terdiri daripada potongan-potongan fabrik, plastik yang tak terurai kemudiannya diambil dan terus diletak di dalam api yang menggoreng tauhu berkenaan.

"Setelah masak, ia akan diangkat menggunakan penapis yang diperbuat daripada bahagian depas kipas angin yang sudah rosak," katanya.

Image via YouTube

Rasa enak tetapi boleh membawa kepada kemudaratan

Walaupun hasil rasanya dikatakan sedap, cara pembuatan tauhu tersebut boleh bawa kemudaratan kepada siapa sahaja yang mengambilnya.

"Rasanya memang enak, tapi jika tahu digoreng di atas api plastik secara langsung tanpa proses penyaringan, besar kemungkinan kontaminasi akan terjadi.

"Skala masalah ini memang mengejutkan saya, mungkin dalam 30 kilang telah saya lawati masih ada yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar tetapi itu adalah sesuatu yang jarang dapat ditemui.

"Selebihnya menggoreng tahu dengan membakar plastik, membiarkan asap dari pembakaran memenuhi ruang udara dan seterusnya kepada tauhu yang digoreng," katanya.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: