#YouTubeDOWN: Satu Dunia Kecoh YouTube Tak Boleh Diakses. Nasib Baik Tak Lama
YouTube sudah kembali!
Pagi tadi kira-kira jam 9.30 am, laman video gergasi YouTube tidak boleh diakses di seluruh dunia
Perkara ini berlangsung selama lebih daripada satu jam, sehingga muncul hashtag #YouTubeDOWN di Twitter yang serta-merta trending di tempat pertama.
Tidak lama selepas itu, YouTube melalui Twitter memberi respon dan memohon maaf kerana menimbulkan kesulitan
"Terima kasih atas laporan anda tentang isu akses YouTube, YouTube TV, dan YouTube Music. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini dan akan memberitahu anda selepas ia dibaik pulih. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan akan memberi anda kemas kini."
Nampaknya, Isu ini tidak berlangsung terlalu lama.
YouTube akhirnya kembali seperti biasa setelah 'terpadam' selama lebih satu jam.
"Kami kembali! Terima kasih atas kesabaran anda. Jika anda terus mengalami masalah, sila beritahu kami."
Walau bagaimanapun, YouTube masih belum memberitahu punca laman itu tidak boleh diakses di seluruh dunia.