seismik

'Wolverine' Bakal Berlakon Dalam Filem Terbaru Afdlin Shauki Di Sabah

Afdlin Shauki kini melebarkan sayapnya ke peringkat global.

Cover image via SAYS.com

Pelakon, Pelawak Dan Pengarah Terkenal, Afdlin Shauki Bakal Bekerjasama Dengan Aktor Popular Kelahiran Australia, Hugh Jackman Dalam Projek Filem Terbarunya Di Sabah

Afdlin Shauki bakal bekerjasama dengan bintang Hollywood, Hugh Jackman.

Image via cinema.com.my

Pengarah filem, Afdlin Shauki mungkin berpeluang untuk bekerjasama dengan Hugh Jackman yang anda lebih kenali sebagai pemegang watak Wolverine dalam siri filem X-Men selama ini dan berita ini timbul selepas pengarah itu ditugaskan untuk sebuah projek filem Sabah.

malaysiandigest.com

Projek Filem Ini Juga Bakal Menggandingkan Afdlin Shauki Dengan Seorang Pengarah Hollywood, Roger Christian

Roger Christian.

Image via offpluscamera.com

Afdlin Shauki akan bergandingan dengan pengarah Hollywood Roger Christian untuk filem yang akan mengisahkan tentang satu peristiwa hitam di Sabah ketika perang dunia kedua (World War II) yang lebih dikenali dengan nama Sandakan Death Marches.

rotikaya.com

Bagi Sesiapa Yang Tidak Mengenali Roger Christian, Beliau Merupakan Pemenang Oscar Bagi Kategori "Best Art Direction" Untuk Filem Blockbuster Arahan George Lucas Iaitu "Star Wars Episode IV: A New Hope" Pada Tahun 1977

Roger Christian is an Oscar winner for Best Art Direction - Set Decoration for George Lucas' “Star Wars: Episode IV - A New Hope” (1977), where he was responsible for the Jedi lightsabers and the prototype of R2D2.

offpluscamera.com

He was also nominated for the Academy Award two years later for Ridley Scott's “Alien”. Christian participated in such films as: “Life of Brian” by Terry Jones (1979) and the following episodes of the space saga: “Star Wars: Episode VI - Return of the Jedi” (1983) and “Star Wars: Episode I - The Phantom Menace” (1999).

offpluscamera.com

Filem Terbaru Afdlin Shauki Ini Berkisar Tentang Ribuan Askar Britain Dan Australia Yang Maut Apabila Dikerah Berjalan Kaki Sejauh 140 Kilometer Oleh Tentera Jepun Dari Sandakan Ke Ranau

Tragedi Kawat Maut Sandakan telah menyebabkan kematian 6,000 orang hamba kerahan Indonesia serta tahanan perang Australia dan British. Mereka telah dikerah berjalan dari Sandakan ke Kota Kinabalu.

Image via northborneohistory.com

Tragedi Kawat Maut Sandakan telah menyebabkan kematian 6,000 orang hamba kerahan Indonesia serta tahanan perang Australia dan British. Mereka telah dikerah berjalan dari Sandakan ke Kota Kinabalu. Ramai yang maut ketika dalam perjalanan akibat kebuluran, keletihan dan penyakit.

catsfm.my

Ribuan askar Australia dan Britain telah dipaksa oleh tentera Jepun berjalan kaki sejauh 140km daripada Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Ramai telah terbunuh atau dibunuh dan hanya enam orang askar Australia yang terselamat.

myartis.my

Keseluruhan Kos Perbelanjaan Bagi Filem Sandakan Death Marches Ini Dianggar Sebanyak RM3 Juta

Projek filem ini berada dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan belanja keseluruhan RM3 juta yang mana RM1 juta merupakan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan selebihnya adalah dana FINAS sendiri.

era.fm

Namun Begitu, Masih Belum Ada Kata Putus Daripada Pihak Produksi Mengenai Penglibatan Hugh Jackman. Mereka Menyasarkan Festival Filem Cannes 2016 Sebagai Platform Pelancaran Filem Tersebut.

Khabarnya Hugh Jackman sudah ditawarkan untuk membawa watak utama filem ini walaupun belum ada kata putus dan pihak produksi menyasarkan Festival Filem Cannes 2016 sebagai platform pelancaran kelak.

malaysiandigest.com

Kami Harap, Impian Rakyat Malaysia Menyaksikan Hugh Jackman Berlakon Dalam Karya Afdlin Shauki Akan Menjadi Kenyataan

Image via tumblr.com

Pada Bulan Mei Lalu, SAYS Berpeluang Menemu Ramah Hugh Jackman Dalam Jelajahnya Untuk Promosi Filem "X-Men: Days Of Future Past". BACA SINI:

Cerita Hiburan Tempatan Lain Di SAYS:

You may be interested in: