seismik

Wartawan Temu Bual Isu Lif Rosak, Tapi Cara Mak Cik Ini 'Sembur' Pihak Berkuasa Pula Win

Pedih tu ayat dia.

Cover image via @akramhalib12 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi penduduk kawasan flat perumahan, masalah seperti lif rosak sering berlaku

Sudah tentu, perkara itu bukanlah masalah yang baru. Ia amat menyukarkan penduduk flat untuk naik ke rumah lagi-lagi buat warga emas dan penduduk yang berada di tingkat tinggi.

Baru-baru ini, tular video seorang wartawan menemu bual seorang mak cik mengenai isu lif rosak di kawasan rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Luah perasaan marah dan sakit kaki sebab lif rosak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wartawan sedang menemu bual seorang mak cik. Difahamkan, ia berkenaan isu lif rosak di kawasan perumahan itu.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara mak cik itu 'menyembur' pihak yang sepatutnya bertanggungjawab atas infrastruktur itu. Hal ini kerana, masalah lif rosak telah menganggu kehidupan seharian penduduk di situ.

Mak cik itu memberitahu dia mengalami kesukaran untuk berjalan dan terpaksa bergantung pada kaki palsunya. Akibat daripada itu dia mengalami masalah sakit yang luar biasa.

"Makcik ni dah lama tunggu wartawan interview dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang dialami mak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 120.5K likes dan 2,285 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Padu betul ayat mak cik, mesti wartawan tu pun terkejut kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: