Warga Emas 76 Tahun Masak Sendiri & Jual Lebih 10 Jenis Lauk Dalam Bonet Kereta - "Hebat!"
Power pak cik, nampak sedap semua lauk tu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang warga emas berusia 76 tahun berniaga pelbagai jenis lauk-pauk dalam bonet keretanya telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi temu bual SAYS bersama pak cik yang dikenali sebagai Wak Usop, warga emas tersebut berkata dia sudah menjual lauk kampung itu lebih 20 tahun.
"Saya masak sendiri, saya tak suka orang lain masak. Kalau masin ke tawar, saya sendiri masak saya tanggungjawab," katanya.
Apa yang lebih mengagumkan, Wak Usop masak kesemua lauk itu dari pukul 7 pagi
"Saya masak dari 7 pagi, Isnin sampai Khamis. Saya mula dari pukul 11.30am, pukul 1pm siap balik lah.
"Saya memang masak lauk macam ni tapi lauk sentiasa bertukarlah, ada kelainan. Saya meniaga menu rahmah punya harga. Sambil meniaga sambil bersedekah sikitlah.
"Dengan itu yang rezeki saya boleh bagi orang dan kawan. Rezeki itu saja yang saya boleh mampu," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!