seismik

Warga Bangladesh Gaduh Berebut Bilik Air Sampai Toreh Telinga Kawan

Tujuh warga Bangladesh disyaki bergaduh kerana berebut tandas sehingga seorang daripada mereka hampir putus telinga.

Cover image via wordpress.com

Seorang Warga Bangladesh Hampir Putus Telinga Dalam Satu Kejadian Berebut Tandas Pada Sabtu, 3 Mei 2014 Di Nibong Tebal

Metro: Hanya kerana salah faham, seorang pekerja binaan warga Bangladesh cedera di telinga akibat ditoreh menggunakan pisau oleh rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran, Tasek Mutiara Seberang Perai Selatan (SPS) jam 7.20 malam, Sabtu.

beritabm.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via blogspot.com

Akibat pergaduhan itu, empat pekerja warga Bangladesh cedera ringan manakala mangsa berusia 20-an cedera di telinga kanan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan kecemasan.

beritabm.com

Pada Mulanya, Pergaduhan Hanya Mambabitkan Dua Warga Bangladesh Yang Dikatakan Salah Faham

Ketua Polis Daerah SPS Superintendan Shafien Mamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan masih melakukan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar pergaduhan.

beritabm.com

Ketua Polis Daerah, SPS Superintendan Shafien Mamat.

Image via mstar.com.my

Hasil siasatan awal dijalankan mendapati pergaduhan tercetus akibat selisih faham mengenai penggunaan bilik air pada mulanya hanya membabitkan dua pekerja warga Bangladesh yang saling mengenali antara mereka.

beritabm.com

Salah Seorang Daripada Mereka Tidak Berpuas Hati Kerana Mangsa Telah Menyebabkan Tandas Tersebut Dikotori Dengan Lumpur

Metro: Sebelum kejadian mangsa dikatakan masuk ke dalam bilik air berkenaan memakai kasut keselamatan dipenuhi lumpur menyebabkan timbul rasa tidak puas hati rakannya.

beritabm.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via bytheseatofmyskirt.com

"Lelaki yang dapat masuk ke bilik air dulu dimarahi sahabatnya kerana meninggalkan kesan kotor."

kosmo.com.my

“Perang mulut kemudian bertukar menjadi pergaduhan menyebabkan mangsa cedera akibat hirisan menggunakan pisau pemotong sayur pada telinga,” kata Shafien Mamat.

beritabm.com

Kemudian, Lima Rakan Lain Cuba Membantu Meleraikan Pergaduhan Terbabit Namun Usaha Mereka Makin Mencemarkan Lagi Keadaan

Metro: Shafien berkata, beberapa lagi pekerja binaan melihat kejadian itu cuba membantu untuk meleraikan dua rakan terbabit bagaimanapun usaha itu memburukkan keadaan apabila mereka kemudian turut terbabit dalam pergaduhan itu.

beritabm.com

Kesemua Mereka Ditangkap Pihak Polis Bagi Membantu Siasatan Kes

Metro: Berikutan kejadian itu, pihaknya menahan kesemua tujuh warga Bangladesh berusia 28 hingga 31 tahun yang terbabit dengan pergaduhan bagi membantu siasatan kes dan tindakan selanjutnya.

beritabm.com

JUGA DI SAYS: Seorang Lelaki Sambung Solat Maghrib Berjemaah Selepas Mengelar Leher Rakannya Yang Sedang Solat Sehingga Mati

More stories to read: