Wanita Terima 5 Jahitan Di Kepala, Penduduk PPR Buang Basikal Dari Tingkat 12
Wanita itu tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah selepas dihempap basikal yang dibuang itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita di Terengganu menerima lima jahitan di kepala selepas kepalanya cedera dihempap basikal
Difahamkan,yang dibuang dari tingkat 12 bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran pada 25 Mac lalu.
Menerusi laporan dari Berita Harian, kejadian berlaku ketika Azuraini Yazid, 43 tahun dalam perjalanan untuk membuang sampah, kira-kira jam 4 petang.
Suami mangsa, Jusri Ibrahim memberitahu isterinya tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah selepas dihempap basikal yang dibuang itu.
Dia memberitahu isterinya tidak sedarkan diri dan diberi rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Isteri dikejarkan ke unit kecemasan HSNZ menerima lima jahitan di kepala dan keadaannya stabil," katanya.
Pemilik basikal dakwa basikal anaknya dibuang individu lain
Tambah Jusri, dia sudah berjumpa pemilik basikal terbabit, namun pihak berkenaan mendakwa basikal anaknya yang berada di luar rumah dibuang individu lain.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan sudah merakam percakapan seorang penghuni kediaman yang mengaku basikal itu miliknya, namun tidak terbabit membuang basikal daripada tingkat 12.
"Setakat ini siasatan masih dijalankan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil serta dibenarkan pulang ke rumah awal pagi ini," katanya.
Bagaimanapun, kes membabitkan barangan dicampak dari tingkat atas kediaman berstrata khususnya PPR bukan baharu.
Sebelum ini pernah ada kejadian televisyen dibuang dari tingkat atas bangunan sehingga menghempap kereta yang diparkir seperti berlaku di Taman Seri Intan di Ampang, Selangor pada April 2018.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!