seismik

Wanita Selamat Lahirkan Bayi Ketika Hospital Hampir Ranap Akibat Letupan Dahsyat Di Beirut

Bayi berkenaan selamat dilahirkan walaupun hospital tersebut hampir ranap ketika kejadian letupan itu berlaku.

Cover image via Google

Umum sedia maklum, pada 4 Ogos, letupan dahsyat yang menggegarkan Beirut, Lubnan telah mengejutkan penduduk di serata dunia

Image via Berita Harian

Dalam kejadian kira-kira 6 petang (waktu tempatan) itu, letupan dipercayai berlaku di pelabuhan bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu.

Menurut laporan, ia berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan. Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Beberapa bangunan di sekitarnya telah mengalami kerosakan teruk. Tambahan pula, letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

Malah, letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Image via Astro Awani
Image via Harian Metro

Walau bagaimanapun, ketika kejadian itu berlaku terdapat sepasang suami isteri dipercayai telah selamat melahirkan bayi mereka ketika bangunan hospital tersebut hampir 'ranap'

Image via Astro Awani

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Astro Awani, Emmanuelle Khnaisser pada awalnya sedang disiapkan untuk melahirkan bayinya di hospital itu sebelum berlakunya letupan dahsyat di Pelabuhan Beirut.

"Saya sempat merakam insiden di dalam hospital termasuk rakaman kelahiran bayi lelaki kami. George dilahirkan dalam suasana yang amat teruk dan saya seakan tak percaya kami semua terselamat," kata suami Emmanuelle, Edmond.

Di bawah merupakan klip video dirakamkan oleh Edmond turut menyaksikan tingkap hospital berkecai dan berderai sebaik sahaja isterinya ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

Bukan setakat itu sahaja, barisan doktor dan jururawat yang mengendalikan proses kelahiran itu dipercayai bertugas dalam keadaan separa gelap selepas terjadinya letupan berkenaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga:

You may be interested in: