seismik

Wanita Sedekah Juadah Berbuka Buat Rider Makanan Dipuji Ramai - "Terima Kasih Orang Baik"

Alhamdulillah, sekali sekala berkongsi rezeki di bulan yang mulia ni apa salahnya kan.

Cover image via @sitinorfazilah54 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah video di laman TikTok mencuri tumpuan ramai baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi rezeki dengan rider GrabFood dan foodpanda

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sitinorfazilah54, kelihatan wanita tersebut pergi ke setiap rider yang sedang menunggu pesanan makanan daripada pelanggan mereka.

Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah reaksi muka rider-rider tersebut yang tersenyum gembira apabila menerima makanan daripada wanita berkenaan.

"Terima kasih orang baik, teruskan usaha murni dik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kebaikan yang dilakukan oleh wanita itu.

Ada juga yang sudah memasang niat untuk berkongsi rezeki sama cara sepertinya.

Lihat video di bawah:

@sitinorfazilah54

Sekecil-kecil kebaikan dapat gembirakan ramai orang agihan iftar dari @Al-Ain Malaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp

Sebuah Perjalanan - Deza

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: