seismik

Wanita 'Melompat' Keluar Mahkamah Lepas Cerai, Ramai Pula Yang Tertanya Kenapa Dia Gembira

Kita tak tahu apa yang dia dah lalui.

Cover image via @riecheendah (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Secara logiknya, tiada siapa yang sukakan perceraian setelah bertahun lama membina rumah tangga dengan pasangan pilihan hidup

Walau bagaimanapun, kes seperti dera dan curang sering menjadi faktor kepada perceraian yang berlaku pada pasangan suami isteri.

Namun, tular sebuah video baru-baru ini seorang wanita melompat gembira selepas bercerai telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Seronok keluar dari pejabat agama, siap campak kertas cerai

Menerusi video yang dimuat naik oleh @riecheendah, kelihatan wanita itu memegang fail dan dokumen perceraiannya.

Apa yang membuatkan ramai pelik adalah dia kelihatan tidak sedih langsung, tetapi gembira sebaik saja melangkah keluar dari pejabat agama tersebut.

Malah, dia siap mencampak dokumen perceraiannya itu. Tindakan tersebut ternyata menimbulkan tanda tanya pada orang ramai.

"Memang perasaan paling best bila dapat sijil cerai ni. Yelah daripada menderita jadi bini orang, better single" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 3.3M views, 135.5K likes dan 3.6K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai tindakan wanita tersebut yang jelas nampak gembira selepas ditalak.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa pun punca bercerai, semoga dia dan bekas suami sama-sama redha dan dipermudahkan untuk bawa haluan masing-masing dengan tenang lepas ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: