Wanita Malta Kagum Dengan Keselesaan Perodua Kelisa 'Second Hand' Yang Dibelinya
Jackpot!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti yang kita tahu, Malaysia mempunyai dua jenama syarikat pengeluar kereta yang menjadi kebanggaan negara
Jenama Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) dan juga Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia kita patut bangga kerana kereta buatan tanah air juga telah dieksport ke luar negara.
Baru-baru ini tular selepas seorang wanita dari Malta berkongsi rasa kagumnya memiliki sebuah kereta jenama Perodua.
Kagum dengan keselesaan dan ketahanan Perodua Kelisa
Menerusi hantaran di Facebook Claudine Alcock, dia berkongsi rasa terujanya selepas sahaja memiliki sebuah kereta Perodua Kelisa.
Di dalam hantaran itu, dia memberitahu dia berasa kagum dengan keselesaan dan ketahanan kereta Malaysia tersebut.
Menurut wanita yang berasal dari Malta itu dia telah membeli kereta Kelisa pengeluaran tahun 2005 itu secara second hand.
"Saya dari Malta. Saya membeli Kelisa terpakai dari tahun 2005. Saya telah memilikinya selama seminggu. Saya tidak pernah mendengar tentangnya tetapi saya sukakannya.
"Ia sudah berjalan sejauh 83 500. Saya juga pernah melihat satu lagi dengan 995,000 batu pada jam dan ia masih berjalan! Ia mempunyai kemek di bahagian hadapan yang akan saya baiki tetapi selain itu ia mudah digunakan," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!