seismik

Wanita Malaysia Dilapor Sertai 'Jihad Seks' Untuk Penuhi Keperluan Seksual Pejuang ISIS

Pejuang ISIS diberi khidmat seks oleh segelintir wanita bagi menyemarakkan lagi semangat perjuangan mereka.

Cover image via basnews.com

[TERKINI] Polis Nafi Sebar Maklumat Tentang 'Jihad Seks' Wanita Malaysia

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan sebuah portal berita yang memetik sumber jabatan itu berhubung pembabitan tiga wanita Malaysia sebagai hamba seks kumpulan ISIS.

hmetro.com.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via truestory.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, laporan disiarkan itu bukan diperoleh daripada sumber rasmi jabatan polis berkenaan.

yahoo.com

"Polis akan mengambil tindakan susulan bagi menentukan kesahihan maklumat itu demi memelihara kepentingan dan nama baik negara,” katanya dalam kenyataan media.

hmetro.com.my

Seorang Pegawai Kanan Risikan Mendedahkan Laporan Mengenai Tiga Wanita Malaysia Menyertai Pasukan ISIS Di Timur Tengah Bagi Menawarkan Jihad Al-Nikah Atau Jihad Seksual

Pihak berkuasa mengesahkan tiga wanita Malaysia pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan ISIS.

malaysiaedition.net

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan ISIS untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

Image via wordpress.com

Wanita Malaysia dipercayai menyertai pasukan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) untuk menawarkan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual, kata seorang pegawai kanan risikan.

themalaysianinsider.com

Enggan didedahkan identitinya, pegawai itu berkata seorang wanita Malaysia berlepas ke Timur Tengah pada Disember 2013.

yahoo.com

Konsep Jihad Al-Nikah Ini Baru Sahaja Muncul Sekitar Tahun 2013 Oleh Fahaman Wahhabi Yang Menyeru Wanita Sunni Untuk Melakukan Jihad Seks Bagi Menyemarakkan Moral Pejuang ISIS

Konsep jihad Al-Nikah berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang ISIS.

Image via inquisitr.com

Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita Sunni dikatakan menawarkan diri mereka dalam bentuk peranan memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

themalaysianinsider.com

Konsep itu berasal daripada fahaman Wahhabi sekitar 2013, yang menyeru penyokong wanita Sunni untuk tampil melakukan jihad seks dan menyemarakkan moral pejuang terhadap regim Bashar al Assad di Syria.

malaysiaedition.net

“Wanita Ini Dipercayai Menawarkan Diri Mereka Untuk Melakukan Hubungan Intim Kepada Pejuang ISIS Yang Cuba Memperkenalkan Peraturan Islam di Timur Tengah," Kata Sumber

“Konsep ini mungkin kelihatan kontroversi tetapi ia semakin berkembang apabila sesetengah wanita Islam di sini bersimpati dengan kepayahan ISIS."

yahoo.com

Konsep ini semakin popular dan berkembang apabila sesetengah wanita Islam bersimpati dengan kepayahan ISIS.

Image via hopeforthesold.com

“Wanita itu, berusia 30-an, pergi ke Turki sebelum bertemu dengan orang tengah yang membantunya melengkapkan perjalanan ke Syria melalui jalan darat."

themalaysianinsider.com

“Seorang lagi wanita Malaysia berusia 40-an dipercayai bekerjasama dengan pasukan ISIS pada April 2014,” kata sumber.

malaysiaedition.net

Dalam Pada Itu, Bukan Hanya Wanita Malaysia Sahaja Yang Terlibat. Sumber Mendedahkan Lebih 100 Wanita Islam Australia Dan Britain Turut Berjuang Di Samping ISIS Untuk Tujuan Jihad Seks.

“Pertukaran risikan dengan beberapa negara mendedahkan wanita Islam Sunni dari Australia dan United Kingdom juga menyertai ISIS,” kata pegawai risikan itu.

yahoo.com

Lebih 100 wanita Islam Australia dan Britain turut terlibat dalam perjuangan ISIS.

Image via wordpress.com

Pegawai risikan berkata, rakan sejawatannya di Britain mendedahkan lebih 600 umat Islam Britain dipercayai berjuang untuk ISIS.

themalaysianinsider.com

“Jumlah itu termasuk wanita Islam British yang bukan berjuang di barisan hadapan, tetapi masih terbabit dengan melakukan jihad seksual. Pegawai risikan Australia mendedahkan lebih 100 wanita Islam Australia berada di Syria berjuang di samping ISIS,” katanya lagi.

malaysiaedition.net

Difahamkan, ISIS Telah Mengeluarkan Satu Dekri Mengarahkan Wanita Tidak Berkahwin Untuk Menyertai Jihad Seks. Bagi Sesiapa Yang Gagal Mematuhi Dekri Itu, Undang-Undang Syariah Akan Dikenakan Ke Atas Mereka.

Pegawai risikan berkata, ISIS mengeluarkan dekri atau edik pada Jun 2014 menawarkan pengerahan Jihad Al-Nikah atau jihad seksual.

yahoo.com
Image via netdna-cdn.com

“Sebaik sahaja bandar Mosul di Iraq ditawan pasukan ISIS, orang ramai diarahkan menghantar wanita tidak berkahwin berjihad untuk seks."

themalaysianinsider.com

"Dalam pengisytiharannya, ISIS mengancam untuk melaksanakan undang-undang syariah terhadap mereka yang gagal mematuhi edik atau dekri itu,” kata pegawai berkenaan.

malaysiaedition.net

Walaupun Putrajaya Pada Awalnya Mendedahkan Kira-Kira 30 Rakyat Malaysia Berlepas Ke Timur Tengah Berjuang Untuk ISIS, Tetapi Angka Itu Dipercayai Sebenarnya Lebih Tinggi

Menurut PBB, Sebanyak 190,000 Kematian Telah Dilaporkan Sejak Konflik ISIS Meletus Pada Tahun 2011

Sejak konflik di Syria meletus pada Mac 2011, lebih 190,000 kematian dilaporkan setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

yahoo.com

Kejadian Pembunuhan Paling Mengerikan Ialah Pada 20 Ogos 2014 Apabila ISIS Melancarkan Satu Rakaman Memenggal Kepala Seorang Wartawan Dan Jurugambar Warganegara Amerika, James Foley

You may be interested in: