seismik

Termakan Ajakan Minum “Mat Bangla”, Wanita Akhirnya Mabuk Dan Diperkosa Tanpa Sedar

Kejadian tragis ini berlaku terhadap seorang wanita di sebuah hotel di Jalan Imbi.

Cover image via borneotoday.net

Malang tidak berbau, seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dikatakan telah dirogol beberapa kali oleh seorang warga asing yang tidak berhati perut

Wanita tersebut dikatakan mabuk arak sehingga tidak sedar telah diperkosa oleh seorang lelaki warga asing (Bangla) di sebuah hotel di kawasan Jalan Imbi.

Mangsa menyedari telah diperkosa oleh lelaki berkenaan selepas terjaga daripada tidur dengan keadaan separuh bogel dan masih tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mangsa dikatakan bersetuju apabila diajak minum oleh suspek selepas sahaja tamat waktu bekerja di kawasan Bukit Bintang

Menurut sumber, mangsa bekerja sebagai seorang pelayan telah bersetuju untuk keluar bersama lelaki berkenaan walaupun hanya mengenali warga asing terbabit dan lelaki tersebut juga berpewatakan baik.

Suspek juga dikatakan telah memujuk mangsa untuk minum minuman keras dalam jumlah yang begitu banyak sehingga membuatkan wanita itu tidak sedarkan diri. Sumber juga mengatakan bahawa kesempatan itu diambil dengan membawa mangsa ke sebuah hotel di Jalan Imbi sebelum merogolnya berulang kali.


Mangsa juga dikatakan telah mengalami trauma dan hampir bunuh diri akibat kejadian tragis yang menimpa dirinya

Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa hampir membunuh diri. Selain itu, mangsa dikatakan tidak tahan untuk menanggung penderitaan jiwa dan telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, kelmarin.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang tentang kes rogol...

You may be interested in: