seismik

Wanita Jepun Positif Koronavirus Buat Kali Kedua Selepas Sembuh Sebulan Yang Lalu

Ini merupakan kes pertama seumpamanya di Jepun.

Cover image via Reuters

Seorang wanita di Jepun disahkan positif koronavirus buat kali kedua pada Rabu, 26 Februari 2019

Gambar sekadar hiasan

Image via Reuters

Wanita tersebut yang bekerja sebagai pemandu pelancong bagi sebuah syarikat bas diuji positif pada akhir Januari dan dibebaskan dari hospital setelah pulih pada 1 Februari.

Walau bagaimanapun, dia telah dimasukkan semula ke hospital selepas didapati menghidap sakit tekak dan sakit dada.

Jumlah jangkitan yang disahkan di Jepun meningkat kepada 186 pada hari Khamis berbanding 170 hari sebelumnya

Tokyo mendesak segala perhimpunan besar dan acara sukan dibatalkan atau dikurangkan selama dua minggu bagi membendung penyebaran virus COVID-19, sambil menjamin bahawa Sukan Olimpik 2020 masih akan diteruskan.

Image via Reuters

Jumlah 186 kes yang dilaporkan oleh kerajaan Jepun ini tidak termasuk 704 yang dilaporkan tersebar dalam sebuah kapal pelayaran pada awal bulan ini.

Sejumlah tujuh orang telah maut, termasuk empat daripada kapal tersebut.

Seorang profesor Mikrobiologi dan Patologi dari Sekolah Perubatan NYU, Philip Tierno Jr menegaskan agar Sukan Olimpik 2020 ditangguhkan

Image via Reuters

"Sukan Olimpik harus ditangguhkan jika perkara ini berterusan," tegasnya.

"Ramai orang tidak faham betapa mudahnya jangkitan ini bole tersebar dari satu orang ke orang yang lain."

Sementara itu, kerajaan Jepun mengesahkan bahawa kes wanita terbabit adalah yang pertama seumpamanya di negara itu

Sebelum ini, tidak pernah ada lagi kes di mana pesakit diuji positif koronavirus buat kali kedua selepas dibebaskan dari hospital.

Walaupun yang pertama di Jepun, kes ujian positif kali kedua pernah dilaporkan di China. Wabak ini telah merebak secara meluas, menjangkiti kira-kira 80,000 orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 2,800, kebanyakannya di tanah besar China.

Sumber: Huffington Post

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dear Malaysians, tolong jangan pergi ke Korea Selatan dalam masa terdekat:

You may be interested in: