seismik

Wanita Ini Terpaksa Tanggung Sakit Kerana Disantau Tuntut Hutang RM2,000 Pada Kawan

Ya Allah, sampai macam itu sekali.

Cover image via @rawatanislamusthasnan (TikTok) & Carousell

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, amalan ilmu hitam masih digunakan oleh masyarakat kita sehingga hari ini

Sebagai umat Islam, kita dilarang dan haram menggunakan amalan ilmu hitam ini kerana ia berdosa dan telah menduakan Allah SWT.

Namun, apa saja boleh berlaku. Kebiasaannya orang menggunakan amalan ilmu hitam seperti sihir, santau dan sebagainya untuk membalas dendam kepada seseorang.

Seperti yang berlaku pada seorang wanita ini apabila terpaksa menanggung sakit dek kerana disantau rakannya selepas meminta hutang.

Lihat video itu di bawah:

Rasa mengalami sesuatu yang buruk dan bisa pada badan

Menerusi video tersebut, difahamkan seorang wanita menderita busung perut (gembung atau besar perutnya kerana penyakit) apabila didakwa disantau rakan sendiri selepas menuntut hutang sebanyak RM2,000.

Ia selepas rakan wanita berkenaan 'bengang' selepas dia diminta untuk melangsaikan hutang ketika dirinya juga sedang 'sesak'.

Malah, rakan wanita itu turut bermengugut menghantar santau kepadanya sehingga mengeluarkan kata-kata yang begitu kejam.

Pengamal Perubatan Islam Ar Syifa Al-Mustakim Ustaz Mohamad Hasnan Rili berkata, wanita itu menyedari sesuatu yang buruk berlaku terhadap dirinya selepas mengalami masalah seluruh badan berasa bisa, kepala nak meletup dan busung perut.

"Sewaktu datang jumpa saya, dia cakap seluruh badan rasa biasa, kepala nak meletup dan perut busung"

"Perut busung tu berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh. Kalau kembung dia berasa sesak nafas"

"Pada awalnya dia menyangka dirinya mengandung sebab perutnya keras dan besar. Namun, hanya pada waktu tertentu saja. Disebabkan itu, dia cuba mendapatkan rawatan," katanya.

"Ada pula duit dia hantar santau tapi hutang tak mahu bayar" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 964.4K views, 21.8K likes dan 1,510 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Takutnya sampai dah hantar santau ni, berdendam betul :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: