seismik

Wanita Ini Merupakan Wanita Malaysia Pertama Yang Memasuki Team E-Games Premier Asia

Beliau dikenali sebagai 'Queen of Fifa' di dalam arena online.

Cover image via Nia Adyana / Facebook

Azroy Adyana Tajuddin merupakan salah seorang daripada pemain untuk team e-games premier Asia, Order of Elites Asia (OoE)

Beliau yang juga dikenali sebagai Nia, berusia 25 tahun dan merupakan pemain FIFA dalam kelab premier Asia tersebut.

Nia yang dikenali sebagi 'Makhtor' mendapat tempat ke-16 dalam pusingan kelayakkan Virtuelle Bundesliga South East Asia FIFA 18 di Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau sangat berbangga menjadi satu-satunya pemain wanita yang mewakili Malaysia dalam liga tersebut.  

Beliau sangat bangga dapat mencabar streotaip jantina yang ada dalam industri ini yang rata-rata didominasi oleh lelaki

Minat yang mendalam dalam e-sukan ini adalah kerana padanya ia mencabar mindanya dan juga menggilap kemahiranya yang lain. 

Walaupun ramai yang mengatakan permainan video ini membuang masa, dia selalu menyatakan yang sebaliknya. 

Dalam arena online, dia juga dikenali sebagai FIFA Queen dan juga FIFA Idol

Walaupun ramai yang menyokong karier Nia, ramai juga yang menyoalkan kredibilitinya sebagai seorang pemain e-sukan. 

Baginya, dia masih didalam fasa pembelajaran dan ini bukanlah permulaan atau pengakhirannya. 

Beliau juga menyarankan semua wanita agar tidak takut untuk maju kehadapan dan sentiasa positif dalam apa jua bidang yang diceburi.

Order of Elites (OoE) merupakan kumpulan premier Asia yang dianggotai oleh pemain dari Singapura, Malaysia dan Indonesia

Pengasas kumpulan itu, Mohamed “Xtr3me3” Phirkhan berkata beliau sangat berbangga Nia menyertai kumpulan itu kerana beliau seorang yang bersungguh-sungguh dan rela untuk belajar perkara baru.

Baginya juga, wanita tidak boleh dipandang rendah dan kapabiliti mereka dalam industri ini sangat baik. 

Mereka hanya perlu diberi ruang dan peluang untuk membuktikkan kebolehan mereka, tambahnya lagi. 

Sumber: Malaysian Digest

Anda pula bagaimana? Ada berani untuk lawan FIFA Online dengan Azroy Adyana?

Image via GIPHY

Baca juga perkongsian lain yang lebih menarik hanya di SEISMIK:

You may be interested in: