Wanita Hamil Maut Selepas Terjun Dari Tingkat 6 Terminal One
Ibu mengandung sempat mengukir senyuman kepada seorang saksi sebelum bunuh diri.
Seorang Wanita Mengandung Membunuh Diri Dengan Menerjun Dari Tingkat Enam Terminal One, Seremban Pada 24 April 2014
Orang ramai melihat mayat mangsa sejurus selepas mangsa terjun dari tingkat 6.
Image via blogspot.comSeorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One, Seremban kira-kira jam 4 petang.
Mangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.
“Dia Memandang Tepat Ke Arah Saya Lalu Tersenyum Sebelum Dia Bertindak Terjun Dari Atas Bangunan Itu,” Kata Saksi Kejadian, Mohd Sofian Roslan, 22
Saksi kejadian dikenali sebagai Sofian, 22, berkata, dia yang mahu mengambil keretanya di tingkat dua pasar raya itu ternampak wanita terbabit, Loh Kwee Moi mahu terjun daripada tingkat enam berkenaan.
Mayat mangsa ditutup dengan surat khabar ketika dikerumuni orang ramai.
Image via kualalumpurpost.netSofian yang cuba menenangkan mangsa daripada terjun sambil cuba menelefon polis, gagal membuat demikian setelah mangsa terus terjun dari lokasi dia dilihat.
Tambah Sofian, mangsa sempat senyum kepadanya sebelum terjun.
Punca Bunuh Diri Masih Tidak Diketahui Dan Sedang Disiasat Oleh Pihak Polis
Punca wanita itu bertindak demikian bagaimanapun tidak dinyatakan dan mayatnya sudah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk dibedah siasat.
Image via ms-my.facebook.comMangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Kejadian itu masih disiasat pihak polis yang tiba beberapa minit kemudian.