seismik

Wanita Dakwa Bawa Bom Dalam Pesawat Malindo Air Ditahan

Ugutan merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan, tidak kira pada bila-bila masa sekali pun.

Cover image via airliners.net

Pada 6 Mei 2014, Seorang Wanita Berumur 41 Tahun Ditahan Reman Selepas Mengugut Membawa Bom Di Dalam Pesawat Malindo Air

Wanita yang mendakwa membawa bom dalam pesawat Malindo Air direman 3 hari.

Image via abnxcess.com

Gara-gara mencetuskan kekecohan di dalam pesawat Malindo Air penerbangan OD1622 yang hendak berlepas ke Kuching, Sarawak dengan mengugut ada bom di dalam beg yang dibawanya, seorang wanita yang sepatutnya pulang ke kampung untuk urusan keluarga ditahan polis dan akan direman esok.

bnbbc.my

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang, Rozaidi Yaacob.

abnxcess.com

Wanita Terbabit Difahamkan Memarahi Seorang Pramugari Yang Memintanya Meletakkan Beg Di Tempat Menyimpan Barang, Sekali Gus Mendakwa Terdapat Bom Dalam Pesawat Tersebut

Kejadian berlaku pada 2.20 petang ketika kru penerbangan sedang menyiapkan penumpang sebelum pesawat berlepas.

sinarharian.com.my

Pramugrai Malindo Air. Gambar sekadar hiasan.

Image via ytimg.com

Wanita itu dilapor telah memarahi pramugari yang memintanya meletakkan beg yang berada dihujung kakinya di tempat menyimpan barang yang disediakan di dalam pesawat tersebut.

abnxcess.com

Bagaimanapun, wanita berkenaan berdegil lalu mengeluarkan perkataan ugutan malah difahamkan turut menyatakan terdapat bom di dalam pesawat itu.

abnxcess.com

Perkara Itu Segera Dimaklumkan Kepada Pihak Keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) Bagi Mengeluarkan Wanita Itu Dari Pesawat

Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Image via freemalaysiatoday.com

Pramugari berkenaan memaklumkan perkara itu kepada juruterbang yang menghubungi pihak keselamatan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk mengeluarkan wanita itu dari pesawat.

sinarharian.com.my

Pihak polis menahan suspek pada jam 6 petang selepas menerima laporan daripada pihak MAHB dan akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas wanita terbabit di Mahkamah Majistret Sepang pada 7 Mei bagi membantu siasatan.

bnbbc.my

Ekoran Kejadian Itu, Penerbangan Malindo Air Ke Kuching Tersebut Terpaksa Ditangguhkan Selama 2 Jam 22 Minit

Ia menyebakan penerbangan OD1622 ke Kuching yang membawa 140 penumpang tertangguh selama 2 jam 22 minit dan hanya boleh berlepas pada jam 4.42 petang.

abnxcess.com

Jika Didapati Bersalah, Wanita Terbabit Boleh Dikenakan Hukuman Penjara Maksimum Selama 2 Tahun

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

bnbbc.my

Lagi Cerita Mengenai Malindo Air Di SAYS:

You may be interested in: