seismik

Wanita Borak Bahasa Korea Dengan Pelanggannya Di Kedai Jual Durian Ini Buat Ramai Kagum

Inilah antara manfaat tonton K-drama.

Cover image via @anisrohaizad (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

K-drama merupakan drama yang sering dinanti-nantikan oleh semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita

Menyediakan plot yang menarik dan kreatif berbanding drama biasa menjadikannya antara kegemaran ramai. Oleh itu, ramai yang sanggup menunggu sehingga berminggu semata-mata untuk menonton episod terbaharu siri daripada negara yang dikenali dengan muzik K-pop ini. 

Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berbahasa Korea telah meraih tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jadi translator untuk warga Korea di kedai jual durian

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anisrohaizad di TikTok, kelihatan seorang wanita sedang bercakap dalam bahasa Korea bersama seorang pelanggan wanita Korea di sebuah kawasan menjual durian. 

Dalam video itu, mereka dilihat rancak berkomunikasi sesama sendiri sambil dipandang oleh seorang pak cik yang dipercayai peniaga durian tersebut.

Wanita yang memakai baju berwarna biru itu dipaparkan menerangkan sesuatu dengan fasih sekali dalam bahasa Korea kepada pelanggan berkenaan. 

"Jadi kawan pula dah, pak cik tu cakap korea juga tak lama lagi haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 377.1K views, 33.7K likes dan 106 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat kefasihan bahasa wanita berkenaan. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mantap lah akak boleh cakap Korea! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: