Wanita Biarkan Sisa Makanan Kucing Depan Kedai Undang Kecaman - "Tolong Guna Otak Sikit"
Kesian orang lain yang terpijak sisa makanan busuk dan kotor.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pemilik kedai printing meluahkan rasa kesal dengan sikap individu yang memberi makanan kepada kucing jalanan di hadapan premisnya baru-baru ini
Menerusi video CCTV yang dikongsi oleh pengguna di laman X oleh @kamaghul, kelihatan wanita berbaju putih tersebut memberikan makanan kepada kucing jalanan tanpa meletakkannya di dalam bekas.
Kemudian, dia terus berlalu pergi dan membuatkan pemilik kedai bengang kerana wanita berkenaan tidak ada rasa tanggungjawab untuk datang semula membersihkan sisa makanan itu.
"Dah banyak kali jadi macam ni. Letak makanan depan kedai orang, ingat ni tempat makan ke tempat buang sampah? Kucing memanglah makan, tapi korang fikir tak apa yang jadi lepas kucing tu makan?
"Sisa makanan tu akan jadi bersepah, bau busuk hanyir. Tapi aku geramnya yang hadap bukan korang. Orang lain jadi mangsa, tak pasal-pasal terpijak makanan yang bercampur dengan kotoran," katanya.
Susulan tularnya video tersebut, rata-rata pencinta kucing turut triggered dan memberikan pendapat mereka
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!