Wanita Bengang Jiran Sesuka Hati Buka Pagar & Parking Dalam Kawasan Rumahnya
Macamlah itu rumah dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam hidup berjiran, perlunya ada sikap saling menghormati, bersangka baik dan berbudi bahasa
Janganlah pula kita melakukan perkara yang boleh menimbulkan rasa kurang senang mereka kerana hal ini akan merosakan hubungan baik anda dan jiran.
Jika perkara itu memerlukan kita untuk meminta izin mereka, jadi mintalah izin dahulu bukankah lebih elok.
Namun, baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati kepada jirannya yang telah menimbulkan kemarahannya.
Jiran sesuka hati buka pagar rumah dan parkir dalam
Menerusi video di akaun TikTok @nanasmanis94, seorang wanita telah memuat naik gambar memaparkan kereta milik jirannya jenis Proton Waja yang telah diparkir di kawasan rumahnya.
Difahamkan, wanita itu sudah tinggal di tempat lain. Pada hari kejadian dia telah datang untuk memeriksa rumah lamanya kerana tidak diduduki, namun dia terkejut selepas melihat ada kereta yang diparkir di dalam kawasan rumahnya itu.
"Rumah ni memang tak diduduk, bukan bermakna kau boleh suka-suka masuk tanpa pengetahuan aku ," tulisnya.
Dia juga menasihatkan agar sentiasa belajar beradab dan belajar untuk meminta izin jika ingin menggunakan hak orang lain supaya tidak berlaku sebarang kemarahan antara satu sama lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!