seismik

“Semua Patut Dapat A+”- Vivy Yusof Terharu Kisah Kejayaannya Diangkat Jadi Soalan STPM

Hal ini telah dimaklumkan oleh beberapa pengikutnya yang menduduki kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

Cover image via HPS Society

Usahawan dan pengasas FashionValet serta jenama dUCk, Vivy Yusof meluahkan rasa terharunya apabila kisah kejayaannya dijadikan 'case study' dalam soalan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Image via Marie Claire

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Vivy dalam laman Instagram peribadinya yang turut sama terkejut dengan hal ini setelah dimaklumkan oleh beberapa pengikutnya yang menduduki kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

Vivy bagaimanapun menganggap ia satu penghormatan buatnya dan merasakan seolah-olah beliau sedang bermimpi apabila kisahnya dijadikan kajian kes untuk salah sebuah peperiksaan terpenting negara.

Tambah Vivy, beliau menyifatkan perkara tersebut sebagai satu penghargaan bagi dirinya selain turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.

Lanjutan perkara ini, peminat dan pengikutnya telah mengucapkan tahniah kepada beliau kerana kisah kejayaannya telah dijadikan contoh dalam peperiksaan kebangsaan, sementara yang lain telah memuji beliau di atas semua pencapaiannya

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

More stories to read: