seismik

Viral Wartawan Sukan Ini Tengah Buat Liputan, Sekali Ada Lelaki Syok BerTikTok Di Belakang

Buat hal!

Cover image via @itsirfan_____ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita semua tahu, Olimpik Tokyo 2020 masih lagi berlangsung dan rakyat Malaysia sudah pasti memberikan sokongan padu buat wakil negara di sana

Maka, kita semua sudah semestinya menunggu liputan terkini daripada wartawan Malaysia di Tokyo untuk bersiaran secara langsung di televisyen mengenai update terkini.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video di TikTok apabila seorang wartawan sukan tidak dapat menahan ketawa ketika sedang membuat liputan kerana diganggu oleh dua orang lelaki di belakangnya mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah fokus buat liputan, sekali dua orang lelaki selamba enter-frame berTikTok dekat belakang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsirfan_____, kelihatan wartawan itu sedang bersiaran secara langsung dari Tokyo untuk melaporkan berita terkini tentang prestasi atlet Malaysia.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila tiba-tiba muncul kelibat dua orang lelaki berbaju hitam di belakang wartawan itu.

Rupa-rupanya, mereka sedang merakam video TikTok dan gelagat dua lelaki tersebut telah membuatkan wartawan itu hilang fokus sehingga tergelak sambil berkata "saya rasa terganggu pulak".

Lihat video asal penuh daripada lelaki itu di bawah:

@zulzainal77

Betul2 record rupanya. Hanat betul.

Kanan Kiri Remix - elysia

"Dia bukan setakat masuk FYP tapi masuk TV terus hahaha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah sehingga 3.6M views, 454K likes dan 13.2K shares, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba dua lelaki berkenaan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, buat perangai betul. Senang-senang je dia masuk TV ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: