seismik

Viral Rakaman Wanita Sedang Menari Masuk Dalam Berita TV3, Rupa-Rupanya Ini Yang Dilakukan

Boleh pula termasuk dalam berita tu ya.

Cover image via @momo_basgobing (TikTok)

Menonton dan mendengar berita di televisyen adalah salah satu perkara yang bagus kerana kita boleh tahu perkembangan semasa

Bukan saja di televisyen, malah berita-berita terkini juga boleh dilihat melalui dalam media sosial saja. Sangat mudah betul tak?

Namun, tular baru-baru ini sebuah video memaparkan rakaman seorang wanita sedang sibuk menari termasuk dalam Buletin TV3 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aksi menari sempat dirakam oleh stesen TV

Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman itu diambil daripada Buletin TV3. Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dalam pada TV3 ingin menunjukkan suasana di Dataran Merdeka, tiba-tiba terlihat seorang wanita sedang menari seorang diri.

Situasi itu membuatkan videonya viral sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang melihatnya. Malah, ramai yang tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukannya.

Tidak lama kemudian, dia sendiri memberitahu dan menunjukkan sebenarnya dia sedang melakukan sebuah video tarian untuk dimuat naik.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@gigicheoh Ya…itulah saya yang di berita @tv3malaysia I just want to wish all Muslims Salam Ramadan & Selamat Berpuasa #1Malaysia #fyp Pejam Celik Hari Raya - Iman Troye

"Akhirnya dah jumpa, lawa orangnya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas mendapat tahu siapa tuan badan sebenar.

Ketika artikel ini ditulis, video tariannya itu telah meraih 3M views, 409.5K likes dan 14.3K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebat kuasa viral netizen, akhirnya owner pun muncul :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: