seismik

Viral Kisah Ibu Tertinggal Anak Di Stesen Petrol, Netizen Pula Kongsikan Pengalaman Sama!

Mujur ibu dan anak ini bertemu kembali!

Cover image via Twitter

Waktu Raya antara waktu paling best untuk kita kongsi kisah-kisah menarik pada ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan

Iyalah, Raya kan menjelma setahun sekali. Waktu Raya merupakan waktu kita berkumpul di satu tempat untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan sanak-saudara dan ukhwah di  antara teman-teman.

Apabila sudah berkumpul itu, mulalah masing-masing berkongsikan cerita-cerita menarik pada satu sama lain. Boleh jadi yang dikongsikan itu cerita seram, cerita lucu, bahkan cerita yang memalukan juga!

Baru-baru ini, tular kisah seorang ibu secara tidak sengaja tertinggal anak perempuannya di stesen minyak Shell di kawasan R&R Temerloh, selepas berhenti menunaikan solat

Semasa dalam perjalanan balik kampung, ibu beranak enam ini secara tidak sengaja tertinggal salah seorang anaknya di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh menghala ke arah pantai timur.

Wanita tersebut hanya menyedari anaknya tertinggal selepas melakukan perjalanan kira-kira 15 kilometer dan hampir memasuki Bandar Maran sebelum dihubungi pekerja stesen minyak itu memberitahu anaknya tertinggal di stesen minyak berkenaan.

Apabila tersedar anaknya tertinggal, wanita terbabit kemudian terus memuat naik satu tweet di laman sosial Twitternya untuk meminta orang ramai yang berada berhampiran Temerloh membantunya.

Image via Twitter

Tweet itu ternyata mendapat perhatian orang ramai yang mana rata-rata membuat retweet demi membantu wanita berkenaan.

Walau bagaimanapun, mujur pada kira-kira pukul 3.34 petang, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dihantar semula ke pangkuan ibunya dengan menaiki motosikal seorang pekerja Shell yang dikenali sebagai Suria.

Image via Twitter

Sudah menjadi adat Internet, apabila muncul cerita-cerita sebegini, sudah tentu ada sahaja yang akan mengecam wanita itu seolah-olah tidak tahu menjaga anak.

Meskipun begitu, ibu beranak enam itu tetap menerima teguran dan kecaman yang diterimanya di samping bersyukur kerana telah dipertemukan kembali dengan anaknya berkat doa dan pertolongan orang ramai.

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Ekoran tularnya insiden ini, rupa-rupanya ramai netizen yang pernah mengalami situasi yang sama dan rata-rata berkongsikan pengalaman masing-masing.

Ini antara perkongsian para netizen:

Masing-masing share kisah kena tinggal di stesen minyak, tak pun di R&R

Image via Twitter
Image via Twitter

Saiz badan yang besar panjang pun jangan sangka tak akan kena tinggal, ya!

Image via Twitter

Dia pun pernah tertinggal anak waktu awal-awal jadi ibu dulu

Image via Twitter

Kesian kena buka puasa seorang-seorang

Image via Twitter

Aik, bukan anak je boleh tertinggal, isteri pun boleh!

Image via Twitter

Dia ini pula tak perasan kena tinggal

Image via Twitter
Image via Twitter

Mujur ada yang sudi membantu

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Yang ada anak ramai itu, tolonglah check dua tiga empat kali pastikan kesemua anak ada dalam kereta

Image via Twitter

Bagi yang suka mengecam itu, relax*lah. *Mistakes happen. Janganlah marah-marah.

Apa kata kita gembira dan bersyukur ibu dan anak itu bertemu semula. Tak ke lagi molek begitu?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: