seismik

Viral Akak Pejabat Pos Mengamuk 'Hayun' Kayu Gara-Gara Warga Asing Berasak Ambil Passport

Puas hati tengok dia marah!

Cover image via @aishahb3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Akhir-akhir ini, banyak isu mengenai warga asing di Malaysia yang degil mengingkari SOP yang ditetapkan oleh kerajaan

Walaupun sudah ditegur berulang kali, isu tersebut tetap berlaku dan perkara ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia boleh menimbulkan kluster baru Covid-19.

Baru-baru ini, tular sekali lagi sebuah video memaparkan kejadian warga asing berasak-asak di depan pejabat Pos Malaysia mengundang kemarahan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aishahb3

Ya Allah rapat nye... Mcm mna nk turun convid mcm ni Klang post office situation today morning ‍‍warga asing ##fyp ##convid ##fyp

bunyi asal - Siti Aishah

Pejabat pos 'banjir' dengan warga asing, siap berhimpit tak jaga SOP

Menerusi video yang dikongsi oleh @aishahb3, kelihatan ramai warga asing berasak-asak di depan Pos Malaysia Klang. Kira-kira ratusan orang dilihat beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal sebelum masuk ke dalam premis itu untuk renew passport.

Disebabkan hal tersebut, seorang kakitangan wanita di pejabat pos mula naik angin dan meninggikan suara serta menghayun kayu kepada warga asing berkenaan yang tidak faham bahasa.

Dia sempat menjerit bahawa jika mereka tetap ingkar dan tidak mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan, mereka tidak dibenarkan untuk masuk.

"Haa macam ni je cara dia, tak ada nak baik-baik dah. Bukan faham bahasa diaorang ni" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mencecah 5.7M tontonan, 291.8K tanda suka dan 22.4K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing selepas melihat cara staf pejabat pos itu memarahi warga asing yang degil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau cakap baik-baik pun tak jalan, memang kena guna cara kasarlah kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: