seismik

[VIDEO] World #QuranHour Lakar Sejarah, Versi Pertama Dalam Roblox Untuk Kanak-Kanak

Inisiatif ini menjadi kelainan yang ditawarkan sempena penganjuran World #QuranHour 2025.

Cover image via @cikguzyd (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) tampil memperkenalkan World #QuranHour versi aplikasi permainan dalam talian Roblox

Ia bagi membolehkan kanak-kanak memahami isi kandungan Al-Quran dalam bentuk yang lebih ringan dan mudah difahami.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan WUIF, Norsyamimi Syarah Mohd Ghazni berkata inisiatif berkenaan juga menjadi kelainan yang ditawarkan pihaknya sempena penganjuran World #QuranHour 2025 yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Usaha untuk menarik lebih ramai penyertaan pelbagai golongan masyarakat dalam World #QuranHour

Menurut Norsyamimi World #QuranHour Roblox itu berlangsung jam 10 malam pada Jumaat (21 Mac 2025) dengan bimbingan pencipta kandungan terkenal, Cikgu Zyd.

"Sebelum ini timbul persoalan sesuai ke World #QuranHour untuk kanak-kanak kerana ia mungkin sesuatu perbahasan yang berat. Adakah kanak-kanak boleh faham kalau kita tadabbur al-Quran?

"Alhamdulillah tahun ini kita jumpa cara, kita masuk ke dalam aplikasi Roblox dan sediakan World #QuranHour secara maya," katanya.

Tambahnya, ia sebagai usaha menarik lebih ramai penyertaan pelbagai golongan masyarakat dalam World #QuranHour kali ini juga, WUIF menyediakan satu ruang khas yang dipanggil Pasar Ummah Ikhlas di lokasi penganjuran program tersebut.

Beberapa aktiviti menarik juga dirancang di ruang terbabit khususnya buat golongan yang minat berniaga dan mahu menyumbang ke jalan ALLAH SWT.

Difahamkan, program #WorldQuranHour ini adalah penganjuran pertama dalam Roblox.

Lihat video di bawah:

@cikguzyd Program #WorldQuranHour melakar sejarah penganjuran pertama dalam Roblox. #cikguzyd#zydverse#worldquranhour original sound - Cikgu Zyd Gaming

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: