[VIDEO] Warga Indonesia Tolong Jemaah Haji Malaysia Sesat Di Mekah Raih Pujian Ramai
MashaAllah, baiknya dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang warga Indonesia meraih pujian rakyat Malaysia selepas berjaya menolong jemaah haji yang sesat ketika menunaikan ibadah di Mekah baru-baru ini
Menerusi perkongsian video daripada @fadlysamira di TikTok, wanita Indonesia itu dilihat menegur seorang jemaah dari Malaysia yang sedang tercari-cari ahli kumpulannya yang lain.
Apa yang membuatkan ramai memuji wanita tersebut adalah caranya yang tenang ingin membantu jemaah itu bersama ibunya.
Dia juga sempat berborak dan bertanya jemaah itu dari mana dan sebagainya. Selepas hampir 20 minit mencari, akhirnya mereka bertemu dengan ahli kumpulan jemaah yang lain.
Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada wanita Indonesia tersebut
Malah, ada yang berkata wanita berkenaan memang menetap di Mekah dan sering menolong jemaah haji yang sesat.
Antara komen-komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!