seismik

[VIDEO] Wanita Penat Lelah Mengandung 9 Bulan, Sekali Dah Lahir Muka Copy Paste Mak Mentua

Kena tambah lagi satu tu sis.

Cover image via @saidaabdrzk (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap ibu mengandung pasti saban hari menanti waktu untuk melahirkan kerana tidak sabar untuk bertemu dengan anak yang dikandung selama sembilan bulan

Malah, mesti setiap hari memikirkan wajah anak yang bakal lahir itu nanti akan ikut muka siapa. Orang kata kalau bayi lelaki akan ikut muka ibu, bayi perempuan pula ikut muka ayah.

Namun, lain pula yang jadi kepada seorang wanita ini apabila anaknya yang baru lahir tidak ikut mukanya mahupun suaminya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Penat mengandung sembilan bulan, sekali anak ikut muka mak mentua

Menerusi video yang dimuat naik oleh Saidah Abdul Razak di laman TikToknya, dia berkongsi pengalamannya mengandungkan anak perempuan selama sembilan bulan dan akhirnya apabila lahir, bayi itu tidak mirip wajahnya atau suaminya.

Tetapi, bayi itu dikatakan sangat mirip seperti mak mentuanya. Wanita itu juga sempat meletakkan beberapa keping gamabr mak mentuanya mendukung si kecil itu. Ternyata, wajah mereka benar-benar seiras.

"Sama la awak haha nasib baik dah besar ni nampak muka saya dan husband" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 68K views, 3.4K likes dan 93 shares di TikTok.

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut berkongsikan pengalaman sama mereka apabila anak yang dilahirkan mirip muka bapa atau mak mentua.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin nanti dah besar sikit baru boleh nampak kot dia ikut muka siapa, yang penting comel! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: