seismik

[VIDEO] Wanita Nyaris Maut Dihempap Kayu Balak Ketika Tunggu Di Traffic Light, Ngeri!

Difahamkan, keadaannya kini masih belum stabil.

Cover image via @HezeriSamsuri (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita dipercayai nyaris maut apabila selepas motosikalnya dihempap muatan kayu balak dari sebuah lori ketika menunggu di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai semalam

Menurut laporan Kosmo!, dalam kejadian pada pukul 11.23 pagi itu, mangsa, Siti Norelyana Kamaruzan, 21, yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah telah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Bandar Utama Gua Musang.

Menurut tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, dia menerima panggilan berhubung kemalangan itu daripada rakan yang kebetulan berada di lokasi kejadian sebelum bergegas ke hospital untuk melihat keadaan mangsa.

"Saya sempat melihat keadaan tunang yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gua Musang dan doktor memaklumkan keadaannya masih tidak stabil.

"Saya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya mengharapkan doa daripada orang ramai supaya tunang selamat," katanya.

Video di bawah merupakan perkongsian daripada pengguna laman aplikasi X:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: