seismik

[VIDEO] Wanita Ini Lakonkan Situasi Cari Kereta Dalam Parking Mall Buat Ramai Dapat Relate

Betul tu!

Cover image via @leesiyoung38 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, seseorang itu pasti akan mengambil gambar atau menggunakan cara lain untuk mengingat di mana dia parking kereta di pusat beli-belah betul tak?

Bukan apa, ia untuk memudahkan kita mencari balik kereta selepas sudah selesai membeli-belah di pasar raya tersebut. Jadi, tidaklah kelam kabut jika terlupa di mana kita letak kereta tadi.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita melakonkan kembali situasi mencari kereta di dalam parking mall menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lakonkan semula bila terlupa letak kereta dekat mana

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita melakonkan kembali situasi yang sering dihadapi oleh sesetengah orang bila terlupa di mana mereka parking kereta.

Dia kemudian membuat pelbagai gaya sambil mengangkat kunci keretanya untuk mengenal pasti di mana kereta itu.

Apa yang lebih melucukan adalah pada akhir video, dia dilihat seperti give up dan penat sambil menangis kerana tidak menjumpai keretanya. Tetapi, rupa-rupanya keretanya itu betul-betul berada di sebelahnya.

"That's why always take a picture where it was parked" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka masing-masing. Malah, ada juga yang menasihatkan supaya sering menangkap gambar di mana tempat kereta anda parking.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 9.3M views, 1.2M likes dan 6,871 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain kali tangkap je gambar okay setiap kali parking kereta dekat mall :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: