seismik

Wanita Ini Excited Nak Makan Cinnamon Rolls, Sekali Baru Perasan Ada Cicak Dalam Kotak

Aduhai, gelinya.

Cover image via @sayakanauni0 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dapat dinafikan, sekarang ini banyak sangat makanan dijual di merata tempat

Namun begitu, peniaga perlulah mengutamakan kebersihan makanan yang dijual dengan mengambil kira lokasi, cara pembuatan dan banyak lagi bagi menjamin kesihatan pembeli.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, berkenaan seorang pembeli dikejutkan dengan seekor cicak di dalam kotak makanan yang dibeli telah meraih tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah makan baru perasan ada cicak dalam kotak cinnamon rolls

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sayakanauni0 di TikTok, rakaman menunjukkan satu kotak yang dipenuhi cinnamon rolls pelbagai perisa.

Namun, apa yang mengejutkan netizen adalah apabila terdapat seekor cicak di dalam kotak tersebut. Terang lagi bersuluh bahawa dessert yang dibeli itu tidak bersih.

“Habislah cicak tu dia dah pijak makanan yang ko makan” - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga 98.2K tontonan, 3.5K tanda suka dan 67 komen di TikTok, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kembang terus tekak admin bila nampak cicak tu :')

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: