seismik

[VIDEO] Wanita India Hadiahkan Baju & Kuih Raya Buat Warga Emas Tinggal Seorang Diri

Difahamkan, warga emas berkenaan dipercayai tinggal sebatang kara di sebuah kampung di Kluang, Johor.

Cover image via @priyangka_.01 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dikala semua orang sibuk bergembira meraikan hari raya, namun ada yang menyambutnya dengan sederhana

Malah, ada juga yang tidak dapat merasai sambutan raya sama dengan kita mungkin kerana mereka sudah tiada ahli keluarga dan sebagainya.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita India berkongsi rezeki dengan seorang warga emas sebagai hadiah perbelanjaan raya yang telah menyentuh hati.

Hadiahkan kuih raya dan baju raya

Menerusi video di akaun TikTok @priyangka_.01, kelihatan dia telah menghadiahkan sepasang baju kurung dan kuih-muih sempena Hari Raya Aidilfitri kepada seorang wanita warga emas.

Difahamkan, warga emas berkenaan dipercayai tinggal sebatang kara di sebuah kampung di Kluang, Johor.

Kehadiran wanita itu juga sekali gus telah menceriakan warga emas berkenaan ketika dia berkunjung ke rumahnya.

“Dia tinggal seorang diri, tak tahu anak dia pergi mana. Kasihan saya tengok nenek ini. Dia seorang sahaja dekat rumah.

“Nenek, I love you. Ini saya bagi duit raya dan jangan lupa pakai baju baru itu,
” katanya.

Terima kasih orang baik dah menceriakan hati nenek tu :D

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: