seismik

[VIDEO] Wakil Rumah Hantar Juadah Berbuka, Pesanan 'Deep' Kanak-Kanak Bikin Dekah Ramai

Comel betul!

Cover image via @sinzo_abe (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kalau hidup berjiran, tak sah kalau tak bertukar juadah sesama sendiri bukan?

Kebiasaannya, jika jiran sudah memberikan makanan kepada kita, sudah pasti kita akan memulangkannya semula dengan hidangan lain pula sebagai tanda balas.

Namun, lain pula yang terjadi apabila tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang memberikan juadah berbuka buat jirannya mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@sinzo_abe

Hahaha adik angkat aku sorang ni mulut dia, ayat paling last tu deep ##fyp ##fyp ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##ramadhan2021

original sound - Sinzo Abe

Bagi pesanan deep lepas hulur pinggan berisi juadah berbuka

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sinzo Abe, kelihatan kanak-kanak lelaki berkenaan disuruh ibunya untuk memberikan juadah berbuka buat jirannya iaitu si perakam.

Tetapi apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia sempat menitipkan pesanan daripada ibunya iaitu mengingatkan supaya memulangkan pinggan itu semula.

Si perakam pula pantas tergelak sebaik saja mendengar ayat yang keluar daripada mulut kanak-kanak lelaki itu.

"Haha ni mesti tak pernah pulangkan pinggan tu yang budak tu ingatkan" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 512.7K tontonan, 53.9K tanda suka dan 635 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu yang comel dan bersahaja.

Berikut di bawah merupakan komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasiblah dapat jiran mulut petah macam ni. Terhibur tengok! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: