seismik

[VIDEO] Viral 3 Ekor Kucing Teman Tuan Buat 'Facial', Siap Letak Timun Dekat Mata. Comel!

Menghayati betul meow tu buat facial.

Cover image via @dontstopmeowing (TikTok)

Bagi pencinta kucing anda pasti tahu pelbagai gelagat yang ditunjukkan daripada haiwan ini

Mereka ini juga datang dengan bermacam jenis personaliti seperti aktif dan manja. Tetapi, ada juga yang dilihat seperti kurang aktif dan lebih suka melakukan hal sendiri.

Malah, mereka jugalah penghibur hati kita dikala kesunyian atau menghadapi masalah. Bermain dengan kucing sedikit sebanyak dapat menghilangkan stres kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki dan seekor kucing dilihat melakukan facial bersama mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Isteri masuk bilik tengok kucing-kucing tengah sedap buat facial dengan suami

Menerusi video tersebut, ketika itu si isteri sedang mencari suaminya dan kemudian dia masuk ke dalam sebuah bilik.

Selepas masuk ke dalam bilik tersebut, kelihatan beberapa ekor kucing sedap 'enak' melakukan facial bersama suaminya sambil meletakkan hirisan timun di atas mata mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka seakan seperti berada di dalam sebuah spa kecantikan dan kusyuk melayan muzik.

Wanita itu kemudian memanggil mereka semua untuk bangun terutama bagi kucing-kucing itu dengan mengambil hirisan timun berkenaan tetapi si kucing pula seakan marah apabila wanita itu melakukan perkara tersebut.

"That is the most chill cat I have ever seen" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat gelagat kucing-kucing berkenaan yang tidak ubah seperti perangai manusia.

Malah, ada yang menganggap mereka dilihat begitu tenang seolah-olah sedang menikmati suasana tersebut.  Ada juga yang tidak menyangka perangai kucing itu begitu rileks sekali.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 700.8K likes, 11.3K comments dan 112.2K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comelnya! Geram tengok, dia boleh duduk rileks lagi tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: