[VIDEO] View Akad Nikah Di Kundasang, Sabah Macam Dalam Dunia Khayalan Dunia Impian
Siapa nak gambar nikah lawa bolehlah cari jodoh orang Sabah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah majlis pernikahan di Sabah mendapat perhatian ramai apabila ia diadakan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu yang indah
Menerusi perkongsian @fendyventure di TikTok, majlis pernikahan itu mendapat tumpuan ramai dipercayai disebabkan pemandangannya yang cukup indah dapat dilihat sinonim dengan majlis akad nikah.
Menurut Fendy, dia yang juga merupakan pengacara bagi majlis tersebut memaklumkan majlis berkenaan diadakan di Hotel Perkasa Kundasang, Sabah.
"Hari ini bersama saya sekali lagi Fendyventure dalam mengacarakan majlis persandingan yang cukup indah antara Kaim dan Fatha.
"Istimewanya hari ini kita bawakan khas majlis yang cukup indah ini bertempat di Hotel Perkasa Kundasang, sama-sama kita saksikan," katanya.
"Kalah pelamin artis berjuta, yang ni paling menang setakat ni!" - Netizen
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya memuji pemilihan tempat bagi mengadakan majlis berkenaan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Ada juga yang memberi perbandingan untuk tidak berbelanja lebih membila pelamin mewah dan lebih baik memilih lokasi persandingan seperti video tersebut.
Lihat antara komen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!