seismik

[VIDEO] Uqasha Berperang Mulut Dengan Individu Tuduh Kes Buli - "Kenapa You Nak Melantun?"

Semoga kes ni cepat selesai.

Cover image via kechik_jew

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama aktres cantik dan terkenal, Uqasha Senrose sekali lagi menjadi bualan apabila dia didakwa terlibat dengan kes buli bekas rakan sekolah

Dalam satu ciapan di aplikasi X, @wnhsevond mendakwa rakannya yang dikatakan pernah menjadi mangsa buli Uqasha telah pun meninggal dunia

Image via @wnhsevond (X)

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana ini adalah kali kedua nama pelakon berkenaan dikaitkan dengan kes buli terhadap mangsa.

Sejurus selepas itu, Uqasha telah membalas ciapan tersebut dan berhasrat mahu berjumpa sendiri dengan pemilik akaun berkenaan. 

Image via @wnhsevond (X)

Terbaru, satu video perbualan antara Uqasha dan pemilik akaun berkenaan telah tular di media sosial apabila Uqasha dan individu tersebut dikatakan berperang mulut

Perbualan tersebut telah dibuat melalui satu sesi live video di platform TikTok. 

Dalam perbualan berkenaan Uqasha menyoal kenapa namanya dibabitkan dengan kematian rakan mangsa tersebut sedangkan pada Uqasha dia tidak ada kena mengena dengan perkara itu.

"You know what, there is no point of me talking to you. Let my lawyer and your lawyer do the talking", kata Uqasha.

"You chill la babe. Kenapa you nak melantun?", balas individu tersebut. 

Tonton petikan video berkenaan di bawah:

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: