seismik

[VIDEO] Tular Di TikTok, Ramai Baru Tahu Pak Ya Sepahtu Rupa-Rupanya Ada Abang Kembar

Selama ni memang tak tahu langsung.

Cover image via @usoppgahai (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja peminat industri hiburan Malaysia yang tidak mengenali Pak Ya Sepahtu bukan?

Pelakon dan pelawak terkenal itu sudah lama berada menempah namanya di dalam bidang seni tanah air sejak zaman 90-an lagi.

Namun, tular pula sebuah rakaman baru-baru ini memaparkan Pak Ya bersama seorang lelaki yang sangat seiras dengannya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ramai terkejut Pak Ya ada kembar

Menerusi perkongsian video daripada @usoppgahai, kelihatan Pak Ya sedang berada di sebuah warung bersama lelaki miripnya itu.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah rupa-rupanya Pak Ya memang mempunyai abang kembar yang bernama Yang Sharkawi Shaharum.

Difahamkan, di dalam video tersebut Pak Ya memakai T-shirt berwarna putih manakala kembarnya pula memakai T-shirt berkolar berwarna biru gelap.

"Seorang Pak Ya Senario, seorang lagi Pak Ya Sepahtu" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih 468.3K tontonan, 30.1K tanda suka serta 1.6K komen di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing selepas mendapat tahu tentang kembar Pak Ya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Uish, ingatkan Pak Ya yang pakai baju biru. Betul-betul buat orang confuse ni :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: