seismik

[VIDEO] Tuan Rumah Terkejut Lihat CCTV Rupa-Rupanya Parcel Hilang Kerap Dicuri Budak

Aduhai, barang orang tu nak ambil.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membeli barangan secara dalam talian sememangnya lebih memudahkan dan menjimatkan masa

Ditambah pula dengan harganya yang kadangkala jauh lebih murah jika beli di kedai betul tak? Namun, pasti ada benda baik dan tidak baik juga beli barangan secara dalam talian ini.

Perkara negatifnya, kadangkala pasti ada barangan kita yang rosak semasa penghantaran. Malah, ada juga yang hilang.

Seperti video di laman X ini memaparkan barangannya kerap hilang dek kerana dicuri oleh kanak-kanak di kawasan rumahnya.

Image via X

Parcel banyak hilang rupa-rupanya selalu kena curi

Menerusi video rakaman CCTV tersebut, dapat dilihat seorang budak mendekati rumah tersebut dan mengambil barangan yang diletakkan di dalam gril rumah itu.

Dia dilihat mengambil dan terus melarikan diri.

"Parcel review hilang weh hari ini. Patutlah parcel asyik hilang. Stressnya lahai budak-budak zaman sekarang. Main ambil parcel orang," tulis individu tersebut.

Lihat video itu di bawah:

Kecil-kecil dah pandai mencuri ya dik, kena tegur budak-budak macam ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: