seismik

[VIDEO] Tuan Ajak Pergi Klinik, Tapi Cara Kucing Ini Menjawab Pula Curi Perhatian Netizen

Dia cakap 'tak mau' ke tu?

Cover image via @yong_farah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Normal bagi sesiapa saja yang memelihara kucing di rumah akan selalu bersembang dengan si gebus itu

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang pandai serta faham akan apa yang disampaikan oleh tuannya, lebih-lebih lagi jika ia dipelihara sejak kecil.

Malah, kadangkala mereka juga pandai menjawab jika ada perkara yang tidak disukai seperti setiap kali diajak pergi ke klinik.

Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seekor kucing menjawab selepas tuannya mengajak pergi ke klinik menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Saja elak bila tuan ajak pergi klinik dan siap menjawab

Menerusi perkongsian video daripada Yong Farah, kelihatan kucingnya itu sedang baring di atas kerusi kayu di rumahnya berlapikkan bantal.

Tuannya mengajak pergi ke klinik kerana terdapat luka pada badan kucing itu. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si gebus itu menjawab dengan si tuan.

Ia seolah-olah berkata "tak mau" dan mengelak apabila tangannya ditarik oleh tuan kerana tidak mahu pergi ke klinik.

"Cerdiknya, pandai pulak elak tak nak pergi klinik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing itu yang sangat comel dan pandai.

Malah, ada juga yang berkongsi situasi sama kucing mereka yang pandai menjawab apabila diajak masuk bilik untuk tidur.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, kuat betul drama awak ya meow? Siap sorok tangan lagi tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: