seismik

[VIDEO] “Touch Screen” - Cara Guru Ini Mengajar Anak Muridnya Curi Perhatian Netizen

Harap-harap budak perempuan tu tak tahu.

Cover image via @sainstube (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masa zaman sekolah dulu mesti kalian pernah kena panggil dengan cikgu untuk tulis jawapan dekat whiteboard bukan?

Perkara sebegitu mampu meningkatkan perhatian murid-murid dalam kelas dan ia juga boleh membuat murid-murid rasa lebih minat dengan pelajaran tersebut.

Tular satu video baru-baru ini berkenaan seorang guru yang memanggil anak muridnya untuk menulis jawapan di skrin televisyen seolah-olah touch screen telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tidak menjadi satu masalah kalau tak boleh touch screen, guru ini boleh buat sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sainstube di TikTok, kelihatan seorang murid perempuan sedang cuba menulis jawapannya di skrin TV.

Video itu telah mengundang tawa ramai apabila TV itu sebenarnya tidak mempunyai fungsi touch screen. Sebaliknya, guru itu sendiri yang perlu menulis jawapan menggunakan iPad miliknya.

“Kecil-kecil dah kena scam dengan cikgu” - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan cara guru itu mengajar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 341.5K views, 40.9K likes dan 667 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cikgu tu memang kreatif tapi kesian murid-murid kena scam :p

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: