seismik

[VIDEO] Tiba-Tiba Hujan Masa Solat Tarawih, Anak Lelaki Payungkan Ibu Ini Buat Ramai Sebak

Act of service betul adik ni.

Cover image via @n0tyourhabibtii (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada bulan Ramadan ini, semua umat Islam disarankan supaya mengerjakan ibadah untuk meraih pahala berganda

Kebiasaannya, selepas solat Isyak ramai yang akan mengerjakan solat sunat tarawih di masjid. Namun, bukan semua masjid mempunyai keluasan yang lapang untuk memuatkan semua orang. Jadi, ada yang terpaksa membentang tikar di kawasan luar. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang anak lelaki memayungkan ibunya tengah solat tarawih telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Setia payungkan ibu tengah solat tarawih

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang menunjukkan orang ramai sedang mengerjakan solat tarawih di masjid. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang budak lelaki memayungkan ibunya yang tengah solat tarawih kerana cuaca ketika itu hujan. 

Dia yang dilihat mengikuti gerak geri ibunya semasa rukuk dan sujud itu membuat ramai tersentuh dan sebak melihat kegigihan anaknya melindungi ibu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@n0tyourhabibtii

Membalas @Hafizzz aku gpp sakit asal jgn ibuku, sebab duniaku berhenti ketika dia sakit

Ummi (Mother) - Maher Zain

"Semua boleh sakit asalkan jangan ibu nanti dunia berhenti" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 12M tontonan, 2M tanda suka dan 21K komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat budak lelaki itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Syurga buatmu dik, teruskan berbakti kepada ibu ayah! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: