seismik

[VIDEO] Teruja Tengok Rakan Dah Hamil, Gadis Ini Sampai Nak Masuk Bawah Kain Lihat. Lawak!

Sanggup nak masuk bawah kain tu.

Cover image via @marlya._ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Buat mereka yang baru berkahwin, pastinya kehadiran cahaya mata itu merupakan masa yang paling ditunggu-tunggu dalam rumah tangga

Kita sebagai rakan pun akan turut gembira apabila mengetahui yang rakan kita sudah pun hamil dan akan mempunyai cahaya mata tidak lama lagi.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis yang sangat teruja melihat rakannya sedang hamil menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Excited tengok rakan hamil sampai nak masuk bawah kain

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di sebuah pusat karaoke untuk meluangkan waktu bersama.

Namun, ketika rakan mereka sedang menyanyi, kelihatan 2 orang lagi sedang melihat perut rakan mereka yang sedang hamil sambil dilihat bertanyakan beberapa soalan.

Salah seorang gadis kemudian mengusap perutnya dan meletakkan telinga di perut gadis berkenaan. Disebabkan masih belum dapat merasa puas dengan keterujaannya itu, dia dilihat cuba untuk menyelak kain rakannya pula untuk melihat perut gadis tersebut. Situasi itu membuatkan semua rakannya tertawa melihat aksi luar biasa itu.

"Apa akak tu ingat masuk bawah kain boleh nampak baby ke" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang terkejut dengan reaksi rakannya itu yang sememangnya lawak kerana melakukan perkara diluar jangkaan. Ada juga yang sedang betul-betul fokus kepada salah seorang rakan mereka yang sedang menyanyi itu dengan penuh emosi.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 125.1K likes dan 1,982 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, masuk air betul member dia sorang tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: