seismik

[VIDEO] Terkena Alahan Isteri Mengandung, Lelaki Ini Muntah Teruk Terpaksa Tukar Driver

Okaylah tu, at least kurang sikit beban isteri tu kan.

Cover image via @fatehahefa7392 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan seperti muntah-muntah

Dalam erti kata lain, mereka akan merasakan pengalaman morning sickness berbulan-bulan. Tetapi, ada juga yang tidak mengalami pengalaman sebegitu kerana si suami yang terkena alahan.

Sama seperti sebuah video ini apabila seorang lelaki mengalami muntah teruk semasa isterinya mengandung menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fatehahefa7392

rasa bahagia bila pegnen xda alahan tpi kesian plak tgk dia yg kena alahan org pegnen...sabr wahai husbnd iya b'tahan sja ##pejuangektopik9week6day##fyp

Dj Beta Janji Beta Jaga Slow - DJ Mbon Mbon

Terpaksa tukar driver sebab muntah teruk tengah jalan

Menerusi perkongsian video daripada @fatehahefa7392, kelihatan lelaki itu terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan gara-gara tidak tahan alahan dan muntah teruk semasa isterinya mengandung.

"Rasa bahagia bila pregnant takda alahan tapi kesian pula tengok dia yang kena alahan orang pregnant. Sabar wahai husband ya bertahan saja," tulis isterinya di kapsyen.

"Itulah dinamakan sehati sejiwa sama-sama mengandung, cuma yang melahirkan isterinya je. Tahniah ya jaga baby baik-baik" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 324.5K tontonan, 24.2K tanda suka dan 1.4K perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu yang terkena alahan isterinya.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki yang mengalami alahan semasa isteri sedang mengandung itu tandanya mereka sangat menyayangi si isteri.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian pula tengok suami dia muntah-muntah. Tapi itulah namanya pengorbanan kan :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: