seismik

[VIDEO] Terkejut Lihat Persekitaran Flat Rumah Kotor, Netizen Soal Deria Bau Penduduk

Seriouslah sampai macam ni sekali.

Cover image via @DNazrin (Twitter)

Tinggal di kawasan perumahan seperti flat dan apartment pastinya kemeriahan serta suasana itu berbeza berbanding di tempat lain

Mana tidaknya, kawasan perumahan seperti ini kebiasaanya berada dalam posisi yang dekat-dekat dan senang untuk berjumpa dengan jiran tetangga.

Ditambah pula dengan suara riuh kanak-kanak bermain di bawah rumah membuatkan kawasan itu tidak sunyi. Namun, kawasan perumahan seperti ini juga boleh menimbulkan pelbagai masalah lain.

Seperti video yang tular baru-baru ini di laman Twitter telah memaparkan keadaan sebuah rumah flat dalam keadaan yang sangat kotor.

Rider terkejut lihat keadaan sekitar flat rumah masa hantar makanan

Menerusi video tersebut, seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan telah berkongsi video terbabit kerana terkejut dengan keadaan kotor kawasan berkenaan.

Video itu menunjukkan keadaan flat tersebut yang dicemari dengan sampah sarap termasuklah di bahagian tangga.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tiada niat mahu aibkan penduduk flat tersebut, cuma tak sangka sampai begitu sekali keadaannya

Susulan tularnya video tersebut, dia memberitahu bahawa dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk mengaibkan penduduk flat berkenaan.

Menurut laporan, ianya bukan kali pertama dia datang ke flat berkenaan, tetapi sudah kali ketiga menghantar makanan di situ.

"Bukan niat saya untuk mengaibkan penduduk di situ tetapi sekadar berkongsi pengalaman kerja sebagai penghantar makanan"

"Tipu kalau saya katakan tidak geli tetapi sudah tugas saya sebagai penghantar makanan untuk memastikan pesanan sampai ke tangan pelanggan," katanya.

"Siapa pulak yang buang flat dekat tempat sampah ni?" - Netizen

Sementara itu, rata-rata netizen turut merasa terkejut dan geli melihat persekitaran kawasan tersebut.

Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana pengurusan kawasan rumah berkenaan tidak mengambil tindakan atas kejadian itu.

Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih 202K views, 3.1K retweets dan 2.5K likes.

Terkejut tengok persekitaran kotor macam ni, nasib baik abang rider tu fikir tanggungjawab dia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: