seismik

[VIDEO] "Terima Layanan Baik" - Wanita Ini Kongsi Kisah Pulang Kampung Suami Di Afrika

Seronoknya!

Cover image via @filaamir (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Perkahwinan campur sudah tidak asing dan kini telah menjadi satu norma kehidupan dalam kalangan masyarakat

Perbezaan adat dan budaya bukanlah menjadi satu alasan. Jika benar jodohnya, pasti hubungan itu akan hidup bahagia. Orang yang berkahwin dengan pasangan yang berlainan adat dan budaya ini perlu saling bertoleransi dan saling belajar tentang budaya masing-masing. 

Sama seperti posting yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita pulang ke kampung halaman suami yang berbeza budaya dan adat mencuri tumpuan netizen. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

Dapat layanan yang baik dan selesa dengan kampung halaman suami di Afrika

Menerusi posting berkenaan, kelihatan seorang wanita yang dikenali Fila itu memuat naik gambar bersama suaminya di Afrika. 

Apa yang lebih menarik adalah apabila dia berkongsi kisah dan situasi mereka di sana. Fila mendapat layanan yang baik walaupun mereka berbeza budaya dan adat. Tambahnya lagi, mereka sangat ramah. Dia langsung tidak kekok dan rasa selesa tinggal di sana. 

Lihat video pengalaman Fila itu di bawah: 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan mendapat 30K tanda suka dan 200 komen di Instagram

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan pasangan tersebut. Malah, ada juga yang mendoakan pasangan berkenaan bahagia. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada Instagram: 

Seronok tengok pasangan ini, semoga bahagia dunia akhirat! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: