seismik

[VIDEO] "Terbalik" - Ayah Duduk Dalam Stroller Tapi Anak Yang Tolak Ini Cuit Hati Ramai

Confuse jap.

Cover image via @mohdnorismail1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Membawa anak bersiar-siar menggunakan stroller ketika waktu petang merupakan antara rutin harian bagi sesetengah ibu bapa

Aktiviti ini sememangnya lebih bermanfaat daripada membiarkan mereka menonton televisyen atau bermain permainan video. Di samping itu, ia secara tidak langsung dapat membina hubungan yang sihat antara ibu bapa dan anak-anak.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila anak yang tolak bapa di dalam stroller telah membuatkan ramai terhibur. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ayah pasrah anak tak mahu duduk dalam stroller, last-last lain pula jadinya

Menerusi video yang dikongsi oleh @mohdnorismail1, kelihatan seorang ayah dan anak sedang bersiar-siar di sebuah kawasan perumahan yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang mencuit hati ramai adalah apabila si anak dilihat gigih menolak stroller yang diduduki oleh ayahnya. Sepatutnya ayah yang tolak stroller anak.

Difahamkan, anaknya itu yang tidak mahu duduk di dalam stroller sebab itulah terjadi situasi lucu tersebut. 

"Tak padan dengan kecil, gigih tolak bapak dia yang berat tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 292.6K views, 24.9K likes serta 309 comments di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu bapa dan anak tersebut. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Confuse pula siapa yang baby sebenarnya ni? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: