seismik

[VIDEO] Tengok Cerita Seram Beramai, Keluarga Sampai Terkejut 'Serentak' Ini Cuit Hati

Comel semua.

Cover image via @saidila79 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dapat berkumpul bersama dengan ahli keluarga semestinya adalah momen yang indah

Tambahan lagi, jika ahli keluarga yang tinggal jauh. Pasti jarang berjumpa, tetapi jika sekali dah berkumpul itu memang meriahlah jawabnya.

Sama seperti video di TikTok ini yang memaparkan sebuah keluarga besar menonton cerita seram dan terkejut bersama telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@saidila79 Simpan sini sebagai kenangan. Bukan senang dapat kumpul dan tengok TV sama2 dan ramai2 lagi macam ni. Tengok pulak cerita seram. Jadi sama2 takut dan terperanjat @Osem Family Puchong #familytime #saidilalifestyle #pengabdisetan #horrormovie original sound - Saidila

Semua terkejut sama-sama lepas nampak 'hantu'

Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga besar itu sedang menonton televisyen bersama. Difahamkan, mereka menonton cerita seram.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah di pertengahan video itu dapat dilihat babak seram tiba-tiba muncuk iaitu penampakan lembaga putih.

Situasi itu membuatkan semuanya terkejut dan menjerit bersama selepas saja melihat babak itu.

"Seronok weh tengak citer seram ramai-ramai" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi momen yang sama dan ada yang dapat relate dengan situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 212.3K views, 18.9K likes dan 226 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bestnya dapat berkumpul macam ni, meriah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: