seismik

[VIDEO] Tengah Sibuk Buat Assignment, Tiba-Tiba Ada Yang Mengintai Dekat Tingkap

Pandai pula dia selak langsir itu ya.

Cover image via @notfiziehashim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pelajar yang sedang menjalani pengajian universiti tidak kira sama ada online mahupun secara bersemuka, assignment itu sudah menjadi satu kepastian

Malah, suasana yang tenteram dan bebas daripada gangguan amat diperlukan untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang pelajar lelaki diintai oleh seekor monyet sewaktu dia sedang melakukan tugasan telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@notfiziehashim

ada yang mengintai tapi bukan manusia Uitm, puncak alam

original sound - notfiziehashim - notfiziehashim

Tengah khusyuk buat assignment, sekali terkejut ada monyet mengintai

Menerusi video berdurasi 7 saat yang dikongsikan oleh @notfiziehashim di TikTok, kelihatan seorang pelajar lelaki sedang melakukan tugasannya di sebelah tingkap yang ditutupi langsir.

Apa yang mengejutkan pelajar berkenaan adalah apabila langsir itu tiba-tiba diselak oleh seekor monyet.

Lebih menghiburkan adalah apabila monyet tersebut turut kelihatan terkejut dan ia cepat-cepat beredar setelah melihat pelajar lelaki itu.

“Hahaha. Macam mak-mak intai anak buat kerja ke tak” - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sebanyak 349.3K views, 39.8K likes dan 964 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pelajar lelaki dan monyet tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik monyet tu lari. Kalau dia masuk, lain pula jadinya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: